Photobucket

1 Feb 2013

TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2013

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Sila ke pautan Galeri Foto untuk melihat lebih banyak
gambar-gambar berkaitan temasya.

Pada 31 Januari 2013, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengadakan Temasya Sukan Sekolah 2013 di padang sekolah. Temasya yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Encik Dulamit Bongsu, Ketua Unit, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Penyu. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian beliau hadir dan merasmikan temasya ini. 

Pihak sekolah juga mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan moral kepada anak masing-masing yang terlibat dalam aktiviti ini dan turut sama memeriahkan temasya ini dalam acara terbuka untuk para ahli PIBG.

Temasya ini tamat kira-kira jam 12.30 tengah hari. Terima kasih di atas kerjasama yang padu semua ahli jawatankuasa pengelola yang bertungkus-lumus menjayakan temasya ini. Jumpa lagi pada temasya yang akan datang.

Terima kasih.