Photobucket

21 Feb 2013

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSSD KUALA PENYU 2013

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,



Pada 18 - 21 Februari 2013, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Padang & Balapan MSSD Kuala Penyu 2013 yang diadakan di Padang Pekan Kuala Penyu. Kejohanan itu telah disertai oleh kesemua 26 buah sekolah rendah di daerah ini. Majlis perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Ybhg. Encik Isnin Aliasnih, Pemangku Ketua Bahagian UMNO, P177 Beaufort dan turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Penyu, Encik Ab Mastan bin Ahmad.

Dalam kejohanan ini, SK St Joseph telah berjaya menduduki tempat ke-3 daripada 26 buah sekolah yang mengambil bahagian dengan pungutan 2 pingat emas (lompat jauh dan 200m perempuan) dan peserta perempuan sekolah ini, Faizah Awang Hussin telah dipilih sebagai olahragawati kejohanan. Tahniah.

Sekian terima kasih.