Photobucket

Sejarah Sekolah



Sekolah ini diasaskan pada 4 Jun 1963 oleh seorang paderi bernama Rev.Fr.Geese. Tanah bagi tapak  asal sekolah ini adalah milik OKK Rashid Din Hatt yang membenarkan sebuah sekolah didirikan dengan nama St. Joseph dengan sebuah bangunan bilik darjah dan sebuah rumah guru di atas tanahnya seluas kira-kira 2 ekar.

Sekolah ini bermula dengan bilangan murid berdaftar seramai 30 orang dan 2 orang guru dengan bahasa pengantarnya ialah  bahasa Inggeris.  Guru besar pertama sekolah ini ialah
Cikgu Vitalis Juin.

Dari setahun ke setahun bilangan murid dan guru semakin bertambah. Suatu ketika, sekolah ini pernah mencatat bilangan murid berdaftar seramai 100 orang sehinggalah beberapa buah
sekolah di kampung-kampung terdekat dibuka menyebabkan bilangan murid sekolah ini menurun.

Hari ini, bilangan murid berdaftar ialah 44 orang dengan 12 orang guru. Kemudahan fizikal sekolah juga bertambah dengan 2 buah blok yang menempatkan 6 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah stor dan sebuah pusat sumber. Sepanjang sekolah ini ditubuhkan dari tahun 1963 sehingga kini, sekolah ini telah ditadbir seramai 8 orang guru besar.


Pada tahun 2002, tapak sekolah dan seluruh kawasan kepunyaan tuan tanah atas nama satu geran seluas 7.63 ekar telah dibeli oleh Jabatan Pelajaran Sabah dan satu-satunya sekolah ‘mission’ di daerah ini yang tapak bangunannya milik Jabatan Pelajaran.

Menjelang  akhir  tahun 2006,  sekolah ini  telah  dicadangkan  untuk ditutup  pada tahun 2007 lantaran kedaifan fizikalnya. Namun, atas keprihatinan ibu bapa dan masyarakat kampung ini di atas jasa dan pencapaian baik sekolah ini, sekolah ini kekal berdiri megah sehingga ke hari ini. Guru besar terkini sekolah ini ialah Puan Tan Peng Ann.