Photobucket

12 Feb 2015

TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

***Klik pada gambar  untuk paparan lebih jelas

Pada 12 Februari 2015, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengadakan Upacara Perasmian Temasya Sukan Sekolah Kali Ke-6. Upacara yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Unit Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu, Encik Mohd Ariffin bin Haji Jasri.

Temasya sukan kali ini telah menambah satu acara baharu iaitu merentas desa yang diadakan pada 10 Februari 2015, melibatkan jarak sejauh kira-kira 3 km. Manakala acara padang dan raptai penuh telah diadakan pada 11 Februari 2015.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sumbangan tenaga dan kewangan semua pihak yang terlibat untuk menjayakan temasya tahunan ini.

Terima kasih.