Photobucket

27 Jan 2015

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH DAN MAJLIS GRADUASI UPSR 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Pada hari Selasa, 27 Januari 2015, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah dan Majlis Graduasi 2014. Majlis yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh Ustaz Rosli @ Bazlie bin Atur, Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian cemerlang murid-murid dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah sepanjang tahun 2014, khususnya peningkatan cemerlang UPSR 2014. Semoga kejayaan ini akan berterusan pada tahun-tahun berikutnya.

Majlis yang sederhana tapi meriah ini diserikan dengan pelbagai jenis persembahan oleh para pelajar sekolah ini . Majlis ini berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Pihak pengelola majlis mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan semua pihak yang menjayakan majlis ini.

Terima kasih.

*** Sila ke pautan Galeri Foto untuk melihat lebih banyak gambar-gambar yang berkaitan.