Photobucket

21 Apr 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Program Kem Membaca 1 Malaysia 2015 (KM1M2015) diadakan pada 21 hingga 23 April 2015 secara serentak di seluruh Malaysia. Sekolah ini telah dipilih sebagai venue rasmi untuk majlis pelancaran dan perasmian penutupan bagi sambutan peringkat Daerah Kuala Penyu dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu.

Majlis pelancaran KM1M2015 peringkat daerah Kuala Penyu ini telah disempurnakan oleh Encik Jupilin Rangin, Ketua Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu, kira-kira jam 10.00 pagi. Majlis ini turut dihadiri oleh para ibu bapa, ahli-ahli PIBG sekolah ini.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh program ini seperti membaca selama 33 minit secara serentak seluruh Malaysia, aktiviti-aktiviti permainan bahasa, menulis, mewarna dan sebagainya. Semoga semua aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak didik kita.

Pihak pengelola program ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru, kakitangan sokongan, rakan-rakan pekerja, rakan-rakan dari Pusat Kegiatan Guru Kuala Penyu, para ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini.

Terima kasih.