Photobucket

26 Nov 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Tahniah kepada SK St Joseph Kuala Penyu di atas peningkatan dalam keputusan UPSR 2014 berbanding tahun sebelumnya. Peratus lulus meningkat kepada 77.8% (2013 - 70%) dan Gred Purata Sekolah meningkat kepada 2.20 (2013 - 2.24). Tahniah kepada Adik Shahidatul Atirah bte Edrus yang mendapat 5A, juga kepada calon-calon lain yang turut mendapat keputusan yang membanggakan.

Terima kasih kepada semua guru, KTBM, ibu bapa dan rakan-rakan pekerja yang banyak membantu ke arah pencapaian cemerlang ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada masa akan datang. Insha Allah.

***Maklumat lebih detail, sila ke pautan Unit Peperiksaan.