Photobucket

20 Jun 2014

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL ARWAH & DOA SELAMAT SEMPENA RAMADHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Pada hari ini, 20 Jun 2014, pihak sekolah ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah & Doa Selamat sempena Ramadhan. Majlis yang diadakan secara sederhana ini telah diadakan di bangunan baru Sk St Joseph Kuala Penyu.

Majlis yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Rosli @ Bazlie bin Atur, Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu. Majlis ini dihadiri bersama guru-guru dan rakan-rakan pekerja sekolah ini, beberapa orang wakil PIBG dan rakan-rakan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu.

Semoga roh para ahli keluarga, saudara-mara, dan rakan-rakan kita yang telah pergi, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Dan, semoga pada Ramadhan kali ini, kita dapat menunaikan ibadah dengan penuh keberkatan. Insyallah...

Terima kasih.