Photobucket

20 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Salam sejahtera,

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.


Pada 20 Mei 2014, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengadakan majlis Sambutan Hari Guru 2014 peringkat sekolah. Majlis yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi telah dilancarkan perasmiannya oleh Ustaz Rosli bin Atur, Ketua Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau meluangkan masa hadir untuk turut sama memeriahkan majlis ini.

Pelbagai acara diadakan sepanjang majlis ini. Antaranya adalah nyanyian Lagu Guru Malaysia oleh semua guru sekolah ini, acara memotong kek sempena Hari Guru, sukaneka dan penyampaian hadiah bagi beberapa aktiviti anjuran Panitia Matematik iaitu Bijak Sifir dan Merekabentuk Kad Ucapan Hari Guru.

Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah termasuk rakan-rakan pekerja dalam menjayakan majlis ini. Pihak sekolah turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu yang baharu iaitu Encik Muhid Hj Misrin beserta rombongan dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu hadir sama sebelum majlis ini berakhir.

Terima kasih.