Photobucket

25 Jun 2014

PROGRAM ViSTA UPSR 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

* Sila ke pautan Galeri Foto untuk melihat lebih banyak gambar-gambar berkaitan


Pada 24 hingga 25 Jun 2014, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengadakan Program ViSTA UPSR 2014. ViSTA yang bermaksud Visi & Iltizam Semarak Transformasi Akademik adalah program berbentuk klinik UPSR yang memfokuskan kepada teknik menjawab soalan UPSR. Murid-murid didedahkan cara mendapatkan markah maksimum dan mengurangkan kesilapan semasa menjawab soalan UPSR.

Program ini melibatkan murid-murid Tahun 6 sebagai kumpulan sasaran utama dan Tahun 4 & 5 sebagai pendedahan. Ceramah disampaikan mengikut mata pelajaran UPSR oleh guru-guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pemeriksa kertas jawapan UPSR yang terdapat di daerah Kuala Penyu. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat kerana sudi hadir membantu dan berkongsi ilmu pengetahuan.

Jutaan terima kasih kepada semua guru, KTBM, rakan-rakan pekerja dan ibu bapa yang membantu menjayakan program ini. Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd.Ariffin Jasri, dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu yang sudi hadir untuk mengendalikan slot "Motivasi Pelajar". Semoga kita mencapai kejayaan dalam UPSR 2014. Amin.

Terima kasih.