Photobucket

3 Jul 2013

PROGRAM ViSTA UPSR 2013

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,


Pada 02 - 03 Julai 2013, SK St Joseph Kuala Penyu telah melaksanakan Program ViSTA UPSR 2013. Program ViSTA (Visi & Iltizam Semarak Transformasi Akademik), merupakan suatu program berbentuk Klinik UPSR yang mana pihak sekolah menjemput beberapa orang guru cemerlang dan berpengalaman mengajar mata-mata pelajaran UPSR di daerah ini.



Guru
Mata Pelajaran
Sekolah Asal
Elizabeth Peter
Bahasa Inggeris
SK Menumpang
Nurul Farhana Linsin
Bahasa Melayu
(Penulisan)
SK St Stephen
Daim bin Batang
Bahasa Melayu
(Pemahaman)
SK Sinapokan
Christin Paun
Matematik
SK Tanjung Aru
Noraini Anuar
Sains
SK Pekan Menumbok


Objektif program ialah meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran murid-murid dalam mata pelajaran UPSR di samping tahu teknik menjawab yang betul untuk mendapatkan markah maksimum bagi setiap soalan yang diberi. Sasaran utama program ini ialah murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Murid-murid Tahun 4 dan 5 juga dilibatkan dalam program ini sebagai persediaan dan pendedahan awal sebelum menghadapi UPSR pada tahun akan datang.

Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga anak-anak didik kita mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR. Insyallah...

Terima kasih.