Photobucket

12 Apr 2013

BULAN AKADEMIK 2013

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Seperti mana pada tahun sebelum ini, bulan April merupakan Bulan Akademik seperti yang telah dirancang dalam Takwim Rasmi Aktiviti Tahunan Sekolah. Pada bulan ini, semua panitia mata pelajaran teras akan merancang dan melaksanakan aktiviti berbentuk pertandingan dan peraduan yang selaras dengan sukatan mata pelajaran. Antara objektif utama pelaksanaan aktiviti Bulan Akademik adalah seperti berikut;

i)   Menggalakkan dan memberi peluang kepada murid-murid menyertai dan bersaing secara sihat dalam
     aktiviti berkaitan kurikulum (akademik).

ii)  Memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari 
     semasa proses P & P di bilik darjah.

iii) Memantapkan tahap penguasaan murid-murid terhadap kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti 
     berbentuk pertandingan dan permainan seperti kuiz dan sebagainya. 


Jadual pelaksanaan Bulan Akademik 2013



Minggu
Tarikh
Aktiviti mengikut panitia
1
01 – 05 April
Mesyuarat persediaan setiap panitia
2
10 – 12 April
Minggu Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
3
 *16 – 18 April
Minggu Pend. Agama Islam & Moral
4
* 22 – 24 April
Minggu Matematik & Sains
* 25 April
Majlis Penutupan Bulan Akademik
* Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

==========================================================================
MAJLIS PENUTUPAN BULAN AKADEMIK 2013
==========================================================================
***Sila ke pautan Galeri Foto dan Unit Kurikulum untuk melihat gambar-gambar berkaitan
==========================================================================
Jamuan Perpisahan Cikgu Izzati

Tarikh : 12 April 2013

 *Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.


Terima kasih.