Photobucket

17 Jan 2013

HAKS 2012

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

  
Sila ke pautan Galeri Foto untuk melihat gambar-gambar berkaitan majlis.

Pada 17 Januari 2013, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengadakan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2012 di Mini Dewan SK St Joseph Kuala Penyu. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Penyu, Ustaz Rosli @ Bazlie bin Atur merangkap Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD Kuala Penyu. Pihak sekolah merakamkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis ini.

Majlis ini diadakan untuk menyampaikan penghargaan kepada murid-murid yang telah mencapai kejayaan dalam akademik khususnya peperiksaan UPSR 2012 dan peperiksaan akhir tahun 2012, anugerah terbaik dalam bidang ko-kurikulum, anugerah terbaik kehadiran ke sekolah sepanjang tahun 2012, penghargaan berkhidmat sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber dan penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber 2013.

Majlis yang berlangsung dengan lancar ini telah diakhiri dengan jamuan bersama para hadirin di Taman Selera, SK St Joseph Kuala Penyu kira-kira jam 11.30 pagi.

Terima kasih.