Photobucket

1 Feb 2012

School Broadband

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah di bawah pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) lain bagi mendapatkan sambungan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah sepanjang tahun 2012 sehingga projek Perkhidmatan 1BestariNet dilaksanakan di sekolah-sekolah. Kebenaran bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut adalah untuk tempoh interim sahaja iaitu sehingga pihak perkhidmatan 1BestariNet sedia digunakan oleh sekolah-sekolah.

Sekian harap maklum.

Sumber : BTPN Sabah