Photobucket

10 Oct 2012

PERTANDINGAN KECERIAAN TANDAS SEKOLAH 2012

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,


***Untuk paparan lebih jelas, klik kanan pada gambar,
kemudian klik 'Open Link', selepas tu klik zoom in...


Pada 10 Oktober 2012, SK St Joseph Kuala Penyu telah menyertai dan dinilai untuk "Pertandingan Keceriaan Tandas Sekolah 2012, Peringkat Zon Selatan". Sekolah ini telah terpilih mewakili daerah Kuala Penyu untuk kategori sekolah rendah. Para penilai pertandingan ini terdiri daripada pegawai/penyelia yang mewakili PPD Beaufort, Sipitang, Papar dan Kuala Penyu.

Pihak pentadbir sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru, KTBM, rakan-rakan pekerja pembersihan sekolah dan murid-murid yang telah membantu menjayakan persiapan menghadapi pertandingan ini. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan.

Sila klik pautan 'Galeri Foto' untuk melihat lebih banyak gambar-gambar berkaitan.
Sekian terima kasih.