Photobucket

18 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

***Sila ke Galeri Foto untuk melihat lebih banyak gambar-gambar berkaitan.

Tanggal 18 Mei 2015, hari yang penuh bermakna buat seluruh warga SK St Joseph Kuala Penyu, dengan terlaksananya Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2015.

Majlis yang sederhana tapi meriah ini telah dilancarkan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Ustaz Rosli bin Atur, Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD Kuala Penyu. Majlis ini juga diadakan sebagai penghargaan buat jasa dan sumbangan semua guru, khususnya Cikgu Ridhwan Sik Mohamad, yang baru berpindah ke Sk Batu Linting Kuala Penyu. Turut hadir ialah mantan Penyelia Pendidikan Daerah Kuala Penyu, Encik Mohd Salleh Awang Besar.

Jutaan terima kasih buat semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini. Jasa anda akan dikenang sehingga ke akhir hayat. 

TERIMA KASIH CIKGU.