Photobucket

16 Jan 2014

HAKS 2013

Salam sejahtera,

Sila ke pautan Galeri Foto untuk melihat lebih banyak gambar-gambar berkaitan.


Pada 16 Januari 2014, SK St Joseph Kuala Penyu telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2013. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd. Redwann bin Abdullah, Ketua Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Penyu.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan di atas pencapaian cemerlang para pelajar sekolah ini sepanjang tahun 2013 khususnya dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.

Majlis yang turut diserikan dengan pelbagai jenis persembahan oleh para pelajar sekolah ini telah berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Pihak pengelola majlis mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan semua pihak yang menjayakan majlis ini.

Terima kasih.