Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Pihak sekolah ini telah mengadakan "Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2011" pada hari Khamis, 19 Januari 2012. Majlis yang dijadualkan bermula jam 8.00 pagi itu telah dirasmikan oleh Encik Mohd Salleh bin Awang Besar, Penyelia Kanan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Penyu. Pihak sekolah ini ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau hadir merasmikan majlis ini.
Jutaan penghargaan juga di atas kerjasama guru-guru dan staf, rakan-rakan pekerja pembersihan sekolah, murid-murid, PIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas segala sumbangan tenaga, wang ringgit dan idea untuk menjayakan majlis ini.
Gambar di bawah adalah sebahagian daripada suasana sepanjang majlis tersebut. Beberapa gambar lain akan dimuatnaik dalam tempoh terdekat untuk tatapan kita bersama.
Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.