Photobucket

30 Jan 2012

Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Arahan berkaitan tajuk di atas adalah seperti di bawah;


Maklumat lebih lengkap, sila ke laman web KPM.

Sekian.

Sumber : Laman web KPM

25 Jan 2012

GARIS PANDUAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Bahagian Tajaan Pendidikan adalah bertanggungjawab menguruskan cuti belajar jangka sederhana dan jangka panjang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) bagi mengikuti pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan di Institusi dalam dan luar Negara.
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menambahbaik sistem penyampaian maklumat,  Bahagian Tajaan Pendidikan telah menghasilkan Garis Panduan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Adalah diharapkan garis panduan ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pihak tuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan cuti belajar.
Sebarang pertanyaan mengenai Garis Panduan ini sila hubungi pegawai berikut:
          (i)           Encik Azlan bin Ibrahim
                         No. Tel : 03-8321 7158
                         E-mel   : azlan.ibrahim@moe.gov.my
          (ii)          Puan Zalina binti Morad
                         No. Tel : 03-8321 7143
                         E-mel   : zalina.morad@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

20 Jan 2012

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian Dalam Talian UKM 1

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Berikut adalah maklumat lanjut berhubung dengan perkara di atas.

Tarikh : 1 Februari - 30 April  2012
Bagi pelajar berusia 7 - 15 tahun

Berminat untuk menyertai:
  1. Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintarTM  Negara Universiti Kebangsaan Malaysia - Johns Hopkins University - Center for Talented Youth (JHU-CTY)
    (Pelajar 9 - 15 Tahun: di UKM)

  2. Perkhemahan PERMATA Insan
    (Pelajar Islam 8 Tahun: di USIM)

  3. Program Pendidikan PERMATApintarTM (PPPp)
    (15 Tahun Sahaja)

  4. Program Laluan Pintas (PLP) bagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
    (untuk pelajar berumur 7 tahun sahaja)

Ujian UKM1 boleh diambil di sekolah, rumah, kafe siber dan pusat komuniti berinternet
1 Hari, 1 Sekolah, 1 Pelajar
1 hari, 10,000 Sekolah, 1 Pelajar = 10,000 Pelajar
50 Hari, 10,000 Sekolah, 100 Pelajar = 5,000,000 Pelajar


Pendaftaran:
a) Pelajar baru: masukkan Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga
b) Pelajar lama: kemaskini Mykad/Mykid, maklumat pelajar,sekolah & ibu/bapa/penjaga

Jangka masa ujian: 1 jam 30 minit
Sila layari http://www.permatapintar.edu.my

Sekian.
Sumber : Laman Web KPM

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Pihak sekolah ini telah mengadakan "Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2011" pada hari Khamis, 19 Januari 2012. Majlis yang dijadualkan bermula jam 8.00 pagi itu telah dirasmikan oleh Encik Mohd Salleh bin Awang Besar, Penyelia Kanan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Penyu. Pihak sekolah ini ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian beliau hadir merasmikan majlis ini.

 Jutaan penghargaan juga di atas kerjasama guru-guru dan staf, rakan-rakan pekerja pembersihan sekolah, murid-murid, PIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas segala sumbangan tenaga, wang ringgit dan idea untuk menjayakan majlis ini.

Gambar di bawah adalah sebahagian daripada suasana sepanjang majlis tersebut. Beberapa gambar lain akan dimuatnaik dalam tempoh terdekat untuk tatapan kita bersama.

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

16 Jan 2012

Semakan Tawaran Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2012

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Semakan Tawaran Permohonan Pensiswazahan Guru (PPG) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Ambilan 2012 boleh disemak melalui url http://apps.moe.gov.my/abpg/tawar_ppg mulai 16 Januari 2012

Harap maklum. Terima kasih.
Sumber : Laman Web KPM

14 Jan 2012

Kutipan Perdana Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Januari 2012

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Dengan hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa kutipan/pengemaskinian data MAP Januari 2012 akan dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelumnya.

03. Bagi kutipan 31 Januari 2012 maklumat enrolmen dan kelas akan dikosongkan mulai 31 Disember 2011. Langkah ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bersih, sahih, terkini dan tidak berulang. Guru Data diminta memasukkan maklumat berkenaan sebaik sahaja sesi persekolahan 2012 bermula dan mengemaskinikannya pada atau sebelum 31 Januari 2012 sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai berikut:

En.Razmeh Rahman
Tel: 088-233508
email: razmeh.rahman@moe.gov.my

Pertandingan Mencipta Logo Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa sebagai organisasi baru di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK), Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) adalah mempelawa pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Sri/ Datuk Seri/Datuk / Dato' / Tuan / Puan untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo JPDP. 

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan promo pertandingan tersebut yang dibuka kepada umum untuk yang berminat bermula pada hari ini bersamaan 9 Januari 2012 dan berakhir hingga 23 hb. Januari  2012.


Sekian terima kasih.


13 Jan 2012

TEKS UCAPAN TPM / MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN KHAS MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 2012

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Sila klik DI SINI untuk mendapatkan teks ucapan berkenaan.

Terima kasih.

7 Jan 2012

GOTONG-ROYONG BERSAMA PIBG

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Berikut adalah gambar-gambar suasana gotong-royong bersama PIBG sekolah ini yang diadakan pada hari sabtu, 07 Januari 2012.


Sila ke pautan GALERI untuk melihat lebih banyak
gambar sekitar gotong-royong tersebut.

5 Jan 2012

Arahan Penamatan Kontrak ISP Semua Sekolah

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

MAKLUMAN PENTING KEPADA SEMUA SEKOLAH NEGERI SABAH

Selaras dengan arahan Bahagian Kewangan (Cawangan Bajet), Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Mesyuarat Khas KPM Bersama PPD dan JPN Sabah pada 24 November 2011, maka semua perkhidmatan rangkaian internet di semua jenis sekolah seluruh negeri Sabah hendaklah ditamatkan berkuatkuasa pada 31 Disember 2011. Sehubungan itu, semua sekolah hendaklah mengambil tindakan mengeluarkan surat notis penamatan kontrak perkhidmatan kepada pembekal-pembekal yang telah dilantik dengan mengambilkira tempoh 14 hari sebelum tarikh 31 Disember 2011. Adalah diperingatkan bahawa tidak ada sebarang ikatan kontrak baru boleh dibuat bagi perkhidmatan rangkaian internet di sekolah-sekolah bermula 1 Januari 2012. Harap Maklum.